Thursday, May 18, 2017

Bagaimana Menyemak Keputusan Ujian/Peperiksaan Anak Secara Online?

     Ibu bapa atau penjaga kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online - Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.

     SAPS menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk sekolah menengah.

     Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik pautan berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:

Sumber: http://www.malaysiatercinta.com

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).

3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.

4. Masukkan kod pengesahan (captcha) seperti tertera.

5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah:

Sumber: http://www.malaysiatercinta.com

6. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3, SPM dan sebagainya.

7. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.

8. Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

     Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment