Tuesday, May 23, 2017

Hari yang Ditungu-tunggu pun Tiba!

     Hari ini 24/5/2017, hari yang amat bermakna buat masyarakat Segangan. Para hakim ADP yang arif lagi bijaksana akan menilai prestasi kampung Segangan dari pelbagai aspek. Semua persediaan sudah dibuat hingga menjelang subuh tadi. Apapun keputusannya yang pasti Segangan sudah berjaya menyuburkan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat. Sifat saling bantu-membantu inI sudah pasti menjadi teladan dan ikutan generasi muda. 

#BersatuBergerakKeHadapan








Monday, May 22, 2017

Dewan Seri Ladtang

     Pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Mei 2017, merupakan hari penghakiman Anugerah Desa Perdana peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017. Pada tarikh berkenaan, giliran Kampung Segangan untuk dinilai oleh para hakim yang adil lagi bijaksana. Berdasarkan laporan yang diterima, ternyata Dewan Seri Ladtang Kampung Segangan telah cukup bersedia menerima kunjungan para hakim berkenaan. Sekalung tahniah! Buat PPM N49 Tungku, Tuan Haji Momen bin Haji Anghai dan semua yang terlibat dalam mengurus dan menghias dewan berkenaan.

#BersatuBergerakKeHadapan


Dewan Seri Ladtang Kampung Segangan

Penanaman Semula Pokok Bakau

     Pada beberapa hari yang lepas, kebanyakan penduduk Segangan bergotong-royong menghiasi lanskap pinggir jalan ataupun di halaman rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, pada hari ini agak berbeza kerana ada penduduk yang memberikan tumpuan untuk menanam semula pokok-pokok bakau kecil di hilir Segangan Seberang. Hutan bakau ini merupakan khazanah alam yang sangat berharga di pinggir kampung Segangan. Oleh itu, sewajarnya kita bersyukur dengan kewujudannya. Langkah pemuliharaan oleh mereka yang terlibat patut dicontohi. Tahniah! Kepada Encik Dulakim, Encik Latif, Encik Rafi, Encik Adam dan semua yang terlibat.

#BersatuBergerakKeHadapan





Saturday, May 20, 2017

Gotong-royong diteruskan di Segangan Seberang

21.05.2017


     Pada pagi ini, PPM N.49 Tungku, Tuan Haji Momen bin Haji Anghai bersama-sama masyarakat Segangan Seberang masih lagi meneruskan gotong-royong.

#BERSATU BERGERAK ME HADAPAN






Suhaizan... Kebanggaan Kg Segangan

     Pada ketika ini, ketiga-tiga kawasan Segangan begitu sibuk dengan aktiviti bergotong-royong sempena ADP Peringkat Negeri Sabah 2017. Sama ada di kawasan Segangan Induk, Seberang dan Hulu semuanya berusaha menyiapkan tanggungjawab masing-masing. Sungguhpun demikian, kita tetap berbangga dengan remaja ini, Suhaizan Nazmie Abdullah kerana beliau sedang bersama-sama pasukan bola sepak Felda Negeri Sabah untuk kejohanan antara Felda Malaysia.


     Suhaizan Nazmie Abdullah berkedudukan berdiri ketiga dari kiri dalam gambar telah berjaya menjaringkan dua gol setakat ini. Teruskan kecemerlanganmu dan mengharumkan nama Segangan.

#BERSATU BERGERAK KE HADAPAN


DARIPADA TUAN HAJI MOMEN BIN HAJI ANGHAI

20/05/2017


     Kg Segangan mewakili Daerah Lahad Datu dalam Pertandingan Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Negeri Sabah.



     Haji Momen Bin Haji Anghai PPM N.49 Tungku, Mohammad Bin Haji Serangith Pengerusi ADP Kg Segangan, Nasib Bin Abin Pengerusi JKKK Kg Segangan, Mohammad Bin Loi Ketua Kampung Segangan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Lahad Datu dan Penduduk Kg Segangan di atas kehadiran sempena Program Gotong-Royong Perdana Kg Segangan.

     Semoga semasa hari penghakiman pada 24/05/2017 akan berjalan dengan lancar dan Kg Segangan akan memperolehi kejayaan dan dapat memenangi Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Negeri Sabah.


Gotong-royong Masyarakat Segangan

     Di Segangan juga turut diadakan aktiviti gotong-royong pada Sabtu. Tumpuan diberikan kepada kerja-kerja membersihkan persekitaran rumah. Selain itu mereka turut mengecat pasu-pasu bunga.

#BERSATU BERGERAK KE HADAPAN








Gotong-royong Segangan Seberang

     Masyarakat Segangan Seberang juga turut sama bergotong-royong pada pagi Sabtu. Mereka turut dibantu oleh pihak MDLD dalam kerja-kerja memotong rumput. Selain itu tumpuan juga diberikan untuk menghias persekitaran Dewan Seri Ladtang. 

#BERSATU BERGERAK KE HADAPAN







Gotong-royong Membina Pintu Gerbang Segangan Hulu

     Pada Sabtu masyarakat Segangan Hulu telah mengadakan gotong-royong. Tumpuan utama mereka membina pintu gerbang. Menurut Tuan Imam Nasir mereka berkongsi untuk membeli bahan binaan berkenaan.

# BERSATU BERGERAK KE HADAPAN






Friday, May 19, 2017

Gotong-royong Penduduk Kg Segangan Hulu

     Pada hari ini masyarakat Kampung Segangan Hulu terdiri daripada pelbagai peringkat usia telah melaksanakan tanggungjawab untuk mengindahkan persekitaran. Antaranya para belia bersama-sama memasang bendera di tepi jalan raya dan juga di rumah masing-masing. Turut hadir memberikan semangat kepada masyarakat setempat Tuan Imam Nasir bin Salim. Semangat sebeginilah yang kita ingini agar kita BERSATU BERGERAK KE HADAPAN.




Tuan Imam Nasir bin Salim





Thursday, May 18, 2017

Pemantauan Pegawai Daerah

     Pegawai Daerah Lahad Datu Tuan Iman bin Ali telah sekali lagi melawat dan memantau perkembangan persiapan Kampung Segangan dalam Anugerah Desa Perdana (ADP) 2017. Beliau diiringi oleh Ketua Kampung Segangan Encik Mohamad bin Panglima Loi. Beliau sendiri dapat menyaksikan betapa masyarakat Kampung Segangan telah menunjukkan kesungguhan untuk memenangi ADP pada tahun ini.







Kunjungan Hormat ke pejabat YB Timbalan Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun bin Haji Datu Mansur

     Pada pagi ini, Pengerusi ADP Kampung Segangan Tuan Mohamad bin Haji Sarangit yang juga merupakan YDP PIBG SMK Silabukan turut serta dengan rombongan SMK Silabukan untuk membuat kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat Timbalan Menteri Datuk Haji Datu Nasrun bin Haji Datu Mansur. Kunjungan hormat itu diketuai oleh Pengetua SMK Silabukan Puan Rabiatul Adawiyah binti Abdullah.



Kunjungan Hormat ke ESSCOM

     Para pemimpin Kampung Segangan Lahad Datu yang terdiri daripada Tuan Haji Abdul Momen bin Haji Anchai PPM N49 Tungku, Ketua Kampung Tuan Mohamad bin Panglima Loi, Pengerusi JKKK Tuan Nasib bin Abin (PPA, PPS, PJM) serta AJK ADP telah membuat kunjungan hormat ke ESSCOM. Lawatan ini tentunya akan dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk Kampung Segangan dengan pihak berkuasa keselamatan negara.



Bagaimana Menyemak Keputusan Ujian/Peperiksaan Anak Secara Online?

     Ibu bapa atau penjaga kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online - Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.

     SAPS menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk sekolah menengah.

     Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik pautan berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:

Sumber: http://www.malaysiatercinta.com

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).

3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.

4. Masukkan kod pengesahan (captcha) seperti tertera.

5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah:

Sumber: http://www.malaysiatercinta.com

6. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3, SPM dan sebagainya.

7. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.

8. Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

     Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Wednesday, May 17, 2017

BINTANG HARAPAN SEGANGAN

     Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat diminati oleh masyarakat Kampung Segangan. Lantaran itu tidak hairanlah kita sehingga Tuan Mohamad Haji Sarangit sanggup menjadikan padang bola sepak di tapak yang sepatutnya digunakan untuk tapak rumahnya. Bermula dari hal itu telah lahirlah bakat-bakat muda yang berpotensi seperti remaja ini.

Suhaizan Nazmi
     Suhaizan Nazmie bin Abdullah bakatnya bermula ketika beliau mewakili pasukan bawah 12 tahun Lahad Datu. Seterusnya beliau mewakili pasukan bawah 18 tahun Tenggara gabungan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Bintangnya bersinar apabila beliau menjadi pemain utama Tenggara dan berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan termasuk perlawanan akhir. Pada tahun itu 2015 beliau terpilih sebagai pemain MSS Sabah. Kini berita terbaharunya beliau sedang mewakili pasukan Felda Sabah ke Kejohanan Bola Sepak antara Felda Malaysia.

Pasukan Bola Sepak Felda Sabah

Kursus Asas Pemprosesan Ikan Siri 2/2017

     Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Asas Pemprosesan Ikan Siri 2/2017. Kursus berkenaan bermula pada 15/5/2017 hingga 19/5/2017. Kursus yang bermanfaat ini turut disertai oleh anak jati Kampung Segangan Encik Dulakim bin Sahibul dan Encik Abdul Ghaffar bin Haji Angsai. Semoga pengalaman mereka ini dapat dikongsikan dengan masyarakat Segangan yang lain.




Tuesday, May 16, 2017

Lawatan Bilik Operasi ADP Kg Segangan

Hj. Samin Ongki, Pengarah YADIM Sabah melawat bilik operasi ADP Kg. Segangan




Pemantauan Sekitar Kg Segangan

Pengerusi JKKKK Segangan Tuan Nasib bin Abin (PPA, PPS, PJM) bersama-sama dengan Mentor ADP dari Kg. Telisai telah membuat lawatan pemantauan di sekitar Kampung Segangan. Lawatan ini tentunya telah melonjakkan semangat penduduk kampung dalam aktiviti gotong-royong membina struktur dan membersihkan kawasan.