Hari ini 24/5/2017, hari yang amat bermakna buat masyarakat Segangan. Para hakim ADP yang arif lagi bijaksana akan menilai prestasi kampung Segangan dari pelbagai aspek. Semua persediaan sudah dibuat hingga menjelang subuh tadi. Apapun keputusannya yang pasti Segangan sudah berjaya menyuburkan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat. Sifat saling bantu-membantu inI sudah pasti menjadi teladan dan ikutan generasi muda.
#BersatuBergerakKeHadapan
Tuesday, May 23, 2017
Monday, May 22, 2017
Dewan Seri Ladtang
Pada hari Rabu
bersamaan dengan 24 Mei 2017, merupakan hari penghakiman Anugerah Desa Perdana
peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017. Pada tarikh berkenaan, giliran Kampung
Segangan untuk dinilai oleh para hakim yang adil lagi bijaksana. Berdasarkan
laporan yang diterima, ternyata Dewan Seri Ladtang Kampung Segangan telah cukup
bersedia menerima kunjungan para hakim berkenaan. Sekalung tahniah! Buat PPM
N49 Tungku, Tuan Haji Momen bin Haji Anghai dan semua yang terlibat dalam
mengurus dan menghias dewan berkenaan.
Dewan Seri Ladtang Kampung Segangan |
Penanaman Semula Pokok Bakau
Pada beberapa hari
yang lepas, kebanyakan penduduk Segangan bergotong-royong menghiasi lanskap
pinggir jalan ataupun di halaman rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, pada
hari ini agak berbeza kerana ada penduduk yang memberikan tumpuan untuk menanam
semula pokok-pokok bakau kecil di hilir Segangan Seberang. Hutan bakau ini
merupakan khazanah alam yang sangat berharga di pinggir kampung Segangan. Oleh
itu, sewajarnya kita bersyukur dengan kewujudannya. Langkah pemuliharaan oleh
mereka yang terlibat patut dicontohi. Tahniah! Kepada Encik Dulakim, Encik
Latif, Encik Rafi, Encik Adam dan semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)